Tuesday, May 14, 2013

baju raya

Hai dear readers.

Bulan Ramadhan lagi dua bulan. Raya lagi 3 bulan. So sudahkah korang beli baju raya? Atau sekurang2nya hantar kain kat tailor? Eh sekarang ni masih ada tailor yang terima kain untuk raya ke?

Aku pulak, sebenarnya kain untuk raya masih belum hantar kat tailor. Minggu lepas aku tanya, katanya dia masih terima kain untuk raya. Maybe akan hantar 2 pasang jer kot. Tapi sebab ada beberapa pasang baju aku yang masih belum siap jahit kat tailor tu, so nanti dah siap baju tu la baru aku pegi umah dia ambik baju tu dan hantar kain2 raya ni sekali.

Tapi...kain yang nak hantar tu baru ada sepasang. Sepasang lagi masih belum beli. Warna dah decide selepas berbincang ngan Encik Suami. Ntah bila nak pegi beli tak tahu lah. Hari Ahad lepas lupa plak nak pegi Jakel. Last day promotion sempena hari buruh is 12 Mei. Memang dah plan nak pegi hari Ahad tu. Tapi camane boleh terlupa plak. Malam baru teringat. Adehh...

Oh ya.

Sebenarnya akhir tahun lepas aku ada tempah beberapa pasang baju ngan sorang tailor nih. Aku tengok kat facebook, cantik2 baju yang dia jahit. Jahitan pun nampak kemas jer. Tapi disebabkan dia duk KL, aku macam malas la nak ukur2 badan sendiri pastu pos kain kat tailor tu. Tak reti aih. Nanti kang tak kena, habis lah. Then aku nampak dia update status nak balik Johor. So aku ape lagi. Terus set appointment & jumpa kat JB nih, ambik ukuran & bagi kain kat dia.

Sepatutnya baju2 tu siap bulan Februari. Tapi bulan Mac ni baru siap. Ok, agak kecewa jugak sebab siap lambat. Tapi takpe la, aku faham masalah tailor tu. Lagipun baju tu bukan aku nak urgent sangat pun. Aku tempah just in case nak pakai pegi kenduri ke ada majlis ke. Then, dapat diskaun okayyy. Diskaun dalam bentuk baju free dan juga free postage. Thank you so much. :)

Dalam beberapa pasang baju tu, ada 2 pasang baju kurung peplum. So, aku fikir dah alang2 dapat baju lambat, better la aku buat baju tu sebagai baju raya jer. Raya pun dah dekat.

So ni la baju2 tu ===>>>>





Misi seterusnya, satu baju nak tambah lace, satu baju lagi nak tambah manik. Lace dah beli. Manik belum beli lagi. Tapi tak tahu la camane tahap kerajinan aku nih, nak menjahit bagai. *sigh

Btw, haritu aku ada tanya tailor ni, dia masih terima ke tak tempahan baju raya. Malangnya dia dah tak terima dah. Adehh...kalau dia terima lagi, confirm aku tempah ngan dia jer. Serius, jahitan dia kemas. Harga pun berbaloi. Memang puas hati. 

Oh ya. Disebabkan ukuran baju ni ambik akhir tahun lepas, dan berat badan aku naik mendadak dalam beberapa bulan ni, so baju2 tu agak ketat la. Haihh....alamatnya kena ber-diet la ni. Kalau tak berdiet dan tak kontrol makan, nanti semua baju tak muat la raya nanti. Aiyarkkk~ ngeri.

Tapi bila fikirkan yang Encik Suami kena kerja hari raya nanti, aku macam takde mood jer nak beraya. Sobss~


T_T




T_T






T_T






Thanks for reading.




*p/s : bulan ni nak teruskan puasa ganti. insyaAllah....







.

7 comments:

Mila Ahmad said...

wuaaaaa mila pun nak ganti puasa yang masih berbaki tu.....

NinaAz said...

Wahh. Peplum ehhh. Hehehe
Nina pun xganti lagi ni. Ada dalam 8 hari. Huuuu

Fahimah Mahayuddin said...

wah! dah ada baju raya.cantik peplum tu! Imah xbeli lagi. hehe..xpe, beli ready made je nnti. hehe...baju yg hantar dkt tailor wat pakai g keja pun xsiap lg. huhu...

puan.mila said...

lawa la baju tu..nice color!!

Mimie said...

wahhh..dah plan beli baju raya...kite tak beli lgpun...nak dekat dah kan..

LindaF said...

I skg takde istilah baju raya tau. I beli je kain, terus hantar buat. kang kalau raya, ku pakai yg dh siap tu. haha

Unknown said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan. Jangan lupa follow juga ye..

Terima kasih =)
http://hijab-valley.blogspot.com