Tuesday, January 29, 2013

Kenangan 2012. Azam tahun baru?

Salam dearies.

Kejap jer dah nak habis Januari 2013 ni kan. Baru ter-sedar yang aku belum flash back lagi memori2 sepanjang tahun 2012, dan jugak azam tahun baru. Masih tak terlambat kan? Tak kira la lambat ke tak, nak jugak hapdet. ;p



Wedding preparation

Tahun 2012 dimulakan dengan ke-busy-an aku dengan wedding preparation. Actually wedding preparation tu dah start sejak tahun 2011, lepas majlis tunang. Tapi masa tu aku setakat survey2 jer. Dah dekat2 wedding tu baru buat busy settle kan semua benda.

Time tu memang stress tak hengat la. Dah la banyak benda nak kena settle kan, pastu kena buat sendiri. Yes, boleh dikatakan hampir 90% preparation tu aku buat sendiri. Parents pun dah takde. Kalau ada parents, rasanya takde la semua benda aku nak kena buat macam ni. Dari survey & book MUA, photographer, kanopi, tempah baju sanding, kek, doorgift, beli kain untuk baju family, beli barang untuk DIY pelamin, DIY baju nikah, DIY hand bouquet, DIY kad jemputan untuk dua2 belah majlis, gubah hantaran untuk dua2 belah pihak, and....macam2 la kot. Macam2 kena buat, macam2 kena fikir.

Bab jemput menjemput saudara mara dan orang kampung jer aku serahkan tugas tu kat kakak aku kat kampung nun. Dengan uruskan permohonan kebenaran kawen, jumpa tok kadi etc. Pulak tu, aku duk JB. Majlis akad nikah & sanding kat Terengganu. Lepas majlis tunang, dua kali jer aku balik kampung. Semua aku uruskan dari jauh.

Bila balik kampungjer, aku terus book apa2 yang berkenaan, contoh macam kanopi ngan tempah baju sanding. And time balik kampung tu la aku bawak balik semua benda yang aku beli kat JB & Nilai 3 dan lain-lain. Contoh macam doorgift, barang2 DIY pelamin etc. Sampai penuh kereta Myvi aku tu ha. Sape cakap Myvi tak boleh isi banyak barang? Hahaa~

Ya Allah....stress sungguh. Dah la takde masa. Iols kan career woman. Selalu busy, takde masa nak buat semua benda. Sampai kan aku rasa dah takde seri pengantin dah time tu. Serabai giler. Penat + tak cukup rehat + tak cukup tido.  -.-

Tapi....semua kenangan tu memang aku takkan lupakan sampai bila2. Kalau teringat balik kan.....tetiba rindu ngan kepenatan wedding preparation tu. Rindu nak survey bunga telur, rindu nak gubah hantaran, rindu nak pusing2 Nilai 3, Ayer Hitam & kedai2 pengantin. Rindu semua la. Hihii~ ;)


01.06.2012 - akad nikah

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami sah jadi suami isteri. Terharu, gembira, tak percaya, macam2 la kot? Review : AKAD NIKAH.

Paling kelakar, masa hantar Encik Suami kat homestay lepas majlis akad nikah tu. (yer, iols pengantin baru drive sendiri jer hantar Encik Suami, ngan baju nikah, ngan mekp tebal camtu). Tetiba macam..."eh, dah jadi suami aku rupanya dia ni". Then terus rasa macam malu2. Hewheww~

Oh ya, baju akad nikah DIY tu siap beberapa jam sebelum majlis. Boleh? Itupun mintak akak aku tolong siapkan jahitan manik kat sebelah tangan baju tu. Jahit la camane pun, asalkan ada manik. Nasib baik akak aku tu dah biasa menjahit. Hahahh~ Kelakar kalau ingat balik.





02.06.2012 - sanding

Next day, majlis bersanding. Masa majlis bersanding ni pun pengantin perempuan tak cukup tido tau. Tak cukup rehat. Beberapa jam sebelum majlis masih sibuk final touch up hantaran, pelamin etc. Masa MUA datang, aku tengah mandi. Hewheww~

Sebenarnya bangun pagi2 dah mandi. Tapi faham2 jerlah bila duk busy buat itu ini, ke sana ke sini, mesti berpeluh2 kan. Harus la mandi lagi.






09.06.2012 - bertandang

Seminggu kemudian, majlis bertandang kat Kota Tinggi, Johor. Haa...jangan ingat majlis bertandang ni pengantin baru tak penat. Iols penat ok. Sebab sehari sebelum tu pegi tolong family Encik Suami apa2 yang patut. Then malam sebelum tu kena gubah dua dulang barang. Ni nak kata hantaran pun takde la hantaran sangat. Just coklat, buah ngan bunga telur jer. Untuk bawak masa majlis bertandang tu. Aku memang lupa terus pasal ni. Nasib baik akak aku ingatkan. Tu yang buat last minute. Dah la balik hotel dah lambat. Kena gubah2 ni lagi. Aduhaii~





Hidup baru

And....tahun 2012 bermula la hidup kami sebagai suami isteri. Duk rumah sewa, beli perabot, etc. And aku dah mula belajar masak. Try and error katenye. Maklumlah, dah kawin baru nak belajar masak. Nasib la haii sang suami. Tapi takpe, bak kata Ustaz Azhar Idrus, orang perempuan kalau tak pandai masak takpe. Yang penting rajin masak. Air tangan isteri pengikat kasih suami. *gitew

So far agak happy sebab dah cuba banyak menu untuk Encik Suami. *eleh, takde la banyak sangat sebenarnya. -.-

Sekarang masih dalam proses untuk menyesuaikan diri gitu. Bak kata pepatah, tempoh 5 tahun pertama adalah tempoh menyesuaikan diri dan mengenali pasangan masing2. Ni pepatah mana aku tak tahu la. Tapi pernah dengar orang cakap pasal ni. ;)

Tapi kami pasangan PJJ. Dah kahwin tapi masih duk berjauhan. Sedih ke tak sedih? Iols redha. Eh, redha ke? ;p


Ogos - Puasa dan Raya pertama as husband and wife 

Pengalaman bersahur adalah pengamalam tak boleh blah. Aku ni dah la susah nak bangun pagi. Lagi nak bangun masak? Pukul berapa nak kena bangun? So, penyelesaiannya, aku masak banyak2 untuk bukak puasa. Itu la yang dijadikan lauk bersahur jugak. Kadang2 ada jugak masak benda lain untuk sahur. Tapi yang simple2 la.

Tapi still.....selalu bangun lambat untuk sahur. Huhu.. InsyaAllah tahun ni nak improve diri sendiri. ;)

And tahun 2012 tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri. Semua orang mesti excited kan kalau raya pertama as husband and wife camni. Kitorang? Sedih tahu? Sebab Encik Suami kena kerja masa hari raya tu. Raya ke-3 baru dia mula cuti. Aku takde la layan perasaan sangat time raya pertama tu. Kalau layan, mau mengalir jugak air mata. Yerlah, adik beradik aku semua sibuk duk bersalaman ngan isteri/suami masing2. Aku? Anak2 buah jerlah yang bersalam hulur tangan mintak sampul. Sobs~ T_T

Nasib baik beraya kat kampung sendiri. Kalau kat kampung Encik Suami? Ishh.... tak mampu aku bayangkan. -.-'


September 2012 - bulan madu di Krabi

Its honeymoon time!

Dah 3 bulan kawen baru ada masa nak haninum tau. Busy ke tak busy kami ni? huhuhh. Maklumlah, kami kan PJJ. Pastu kemain susah nak kena-kan waktu cuti aku ngan cuti Encik Suami. Nak match la orang kata. Dia tu dah la susah nak dapat cuti.

Last minute baru boleh booking flight, hotel etc. Alhamdulillah last minute plan tu menjadi jugak. ;)

Review hanimun : search label : bulan madu di Krabi


Maya Bay. ;)


Universal Studios Singapore

Tahun 2012 di akhiri dengan cuti-cuti di Universal Studios Singapore pada 27.12.2012. Ini pun last minute plan sebenarnye.

Review : USS 2012





So thats all i can think of my 2012. Aku boleh simpulkan yang tahun 2012 adalah tahun yang paling membahagiakan untuk aku. Sebab dah selamat menjadi kepada Encik Suami. Bertahun bercinta uols. Of course la hepi dapat kawen *gatai.

*Ok, be serious* Alhamdulillah, saat yang ditunggu2 akhirnya tiba. Being a wife is such a great experience. Semoga perkahwinan kami diberkati oleh-Nya. Amin...

And.....new year resolution? Hihii~ macam tahun2 lepas, aku malas nak fikir pasal azam ke ape ke. Aku lebih suka just go with the flow. Tapi....bukan lah bermakna aku langsung takde azam. Kalau nak cakap pasal azam ni, banyak kot yang aku boleh senaraikan. Nak kurus? Kumpul duit banyak2? Travel merata2 tempat? Oh, itu semua sentiasa ada dalam wish list aku. Nak2 bab kurus tu. Masalahnye makin lama makin bertambah2 kilo aku nih. Acane? Ok, lupakan jer.

Tapi ada satu perkara yang aku harap, berdoa (and of course la kena berusaha) untuk tahun ni. To be a mom. InsyaAllah. Doakan kami yer. Amin..... ;)


.

3 comments:

Arora's said...

Cuma rasanya sejak akak bc ur blog ni time2 u dah nak kawin.tunggu review psl wedding xda sgt..entry ni baru tgk pic majlis bertandang.cantik ,janji nak buat review wedding byk2 kan hehe

Nini Mohd said...

@KBC
hehee~
tu la kak. niat memang ada. tp ntah la. tak sempat kot.
ada review yg dah buat, tp separuh jalan. simpan jadi draf. huhuu~
sekarang tengah habiskan entry pasal honeymoon dulu.
majlis bertandang tu sebenarnya blom dpt lg soft copy gambar dari OP.
insyaAllah saya buat review tu. ;)

Nini Mohd said...

@KBC
hehee~
tu la kak. niat memang ada. tp ntah la. tak sempat kot.
ada review yg dah buat, tp separuh jalan. simpan jadi draf. huhuu~
sekarang tengah habiskan entry pasal honeymoon dulu.
majlis bertandang tu sebenarnya blom dpt lg soft copy gambar dari OP.
insyaAllah saya buat review tu. ;)